2016年10月24日星期一

Bingcangkan Strategi Kesantunan Verbal dan Non-Verbal

KESANTUNAN VERBAL
·       Komunikasi seharian dengan menggunakan bahasa secara sopan dan beradab.

Strategi Kesantunan Verbal dan Non-Verbal 

1.   Strategi toleransi
Contoh : Memberi keutamaan kepada orang yang lebih tua untuk memulakan sesuatu percakapan. 

2.   Strategi bertimbang rasa
Contoh : “Saya memahami situasi Tuan dan akan menyelesaikan masalah tersebut dengan segera. ” 

3. Strategi memberi salam
Contoh : Mengucap “selamat pagi” atau “Assalamualaikum” apabila bertemu orang lain. 

4. Strategi bersopan santun
Contoh : Menggunakan sistem panggilan yang betul dan sesuai dengan keadaan. 

5. Strategi ramah mesra
Contoh : Mengalu- alukan kedatangan tetamu ke rumahnya.

6. Strategi tidak mementingkan diri sendiri
Contoh : Memberi cadangan atau nasihat yang sesuai dengan penuh kesopanan dan lemah lembut. 

7. Strategi merendah diri
Contoh : “Silalah datang ke rumah saya yang tidak seperti ini.” 

8. Strategi berterima kasih
Contoh : Mengucapkan terima kasih kepada orang yang telah menghulurkan bantuan kepada kita.

Kesantunan non-verbal 

1.   Komunikasi bahasa tanpa kata-kata atau menggunakan bahasa tubuh secara sopan dan tidak biadap
2.   Bahasa tubuh dirujuk kepada proses
   Ø menyampaikan mesej melalui isyarat
   Ø ekspresi wajah
   Ø pandangan mata
   Ø sentuhan
   Ø gerakan tubuh


Strategi Kesantunan Non-Verbal 

1. Strategi toleransi
Contoh : Memberi tempat duduk kepada orang yang lebih tua atau cacat di dalam bus 

2. Strategi bertimbang rasa
Contoh : Menggunakan ibu jari apabila menunjuk seseorang atau sesuatu.

3. Strategi memberi salam
Contoh : Mengangguk kepala atau menunjukkan senyuman sekiranya jarak terlalu juah sebagai satu tanda bersalam.

4. Strategi bersopan santun
Contoh : Membengkokkan badan ketika melintas antara orang yang sedang berjalan ataupun melintas melalui hadapan orang tua, mencium tangan orang yang lebih tua semasa memberi salam.

5. Strategi ramah mesra
Contoh : Menunjukkan muka yang manis apabila berinteraksi dengan orang lain.

6. Strategi tidak mementingkan diri sendiri:
Contoh : Memberi pertolongan dari segi kewangan atau tenaga kepada orang yang berada dalam kesusahan.

7. Strategi merendah diri
Contoh : Tidak bertentangan mata terhadap orang yang lebih tua daripada kita supaya tidak dianggap sombong.

8. Strategi berterima kasih
Contoh : Mencium atau memeluk ibu bapa sebagai tanda penghargaan kepada mereka.

2016年10月23日星期日

Cari sebuah pantun atau peribahasa atau bahan sastera yang lain yang menyentuh tentang peraturan berbahasa dari aspek pemilihan kata dalam pergaulan dalam masyarakat.


PANTUN:
Tingkap papan kayu bersegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa;
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.

Maksud: Orang yang berbudi bahasa akan dipandang mulia, malah martabat bangsa dinilai dari segi bahasa dan tutur kata.

Tingkap papan kayu bersegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa;
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.

Maksud: Orang yang berbudi bahasa akan dipandang mulia, malah martabat bangsa dinilai dari segi bahasa dan tutur kata.

Anak Cina menimbang madat,
Dari Makasar langsung ke Deli;
Hidup di dunia biar beradat,
Bahasa tidak berjual beli.

Maksud: Cara bahasa seseorang mencerminkan nilai dirinya. Seseorang yang bercakap  dengan sopan dan santun dianggap sebagai berbudi bahasa.        

Yang kurik kundi,
Yang merah saga;
Yang cantik budi,
Yang indah Bahasa.

Maksud: Budi bahasa merupakan sesuatu yang indah dan perlu disematkan. Meskipun tidak dapat dilihat, tapi kesan berbudi bahasa dapat dirasa.

PERIBAHASA:
Ø Bahasa jiwa bangsa: Bahasa ialah ciri pengenalan atau identiti bangsa.

Ø Bahasa menunjukkan bangsa: Baik buruk sifat dan tabiat orang dapat dilihat dari tutur kata atau bahasanya.

Ø Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa:Kecelakaan atau masalah yang muncul akibat dari kelepasan bicara.

Ø Bercakap siang pandang-pandang; bercakap malan dengar-dengar: Berhati-hati semasa bercakap dengan orang kerana percakapan yang sembarangan boleh membawa akibat yang buruk.

Ø Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya

Maksud:Berhati-hati apabila berkata-kata ataupun menyatakan sesuatu kerana kata-kata yang sudah terkeluar sukar ditarik balik dan memberi kesan yang mendalam ataupun melukakan hati orang lain.

Ø Kerbau dipegang pada talinya; manusia dipegang pada janjinya

Maksud: Janji hendaklah ditunaikan/Berpegang pada janji/Janji mesti ditepati.

CERPEN: Kasut Kelopak Jantung
"Ahmad,esok pergi sekolah. Pakai uniform baru ni..."

Ahmad menyambut pemberian Cikgu Harun dengan tangannya terketar-ketar..

"Terima kasih cikgu.."

Ø Ahmad mengucapkan terima kasih kepada Encik Harun setelah menerima pemberian daripada gurunya.

Ø Ahmad telah menunjukkan kehormatan terhadap gurunya dengan menggunakan bahasa yang sopan.


CERPEN:Dendam
“Nak jadi samseng! Senang-senang koyakkan buku Along.”

“Angah Cuma tengok saja……”

Ø Along telah menggunakan bahasa yang tidak sopan semasa bertutur dengan adiknya.

Ø Dia telah menyifatkan adiknya seperti samseng.

Ø Tanda seru menunjukkan dia menggunakan suara yang lantang semasa bertutur dengan adiknya.