2016年10月22日星期六

Kumpulan dikehendaki menonton sebuah drama atau filem Melayu dan sebuah drama atau filem satu kaum lain di Malaysia dan buat analisis tentang amalan budi bahasa yang terdapat dalam drama/filem tersebut. Amalan budi bahasa yang hendak dianalisis perlu dikaitkan dengan kesantunan.

Filem Melayu:

Tajuk Drama: Cempaka Putih UMK


Sipnosis
Drama ini mengisahkan tentang seorang pemuda yang baik hati yang bernama Dollah telah meninggalkan kampungnya kerana difitnah mencuri. Dollah telah bekerja di ladang kelapa sawit dan dia telah bertemu dengan seorang bunian. Bunian telah menaruh perasaan terhadap Dollah, tetapi akhirnya Dollah telah dibuang dari dunia bunian kerana tuduhan dan fitnah.

Contoh Amalan Budi Bahasa:
1) Seorang mak cik yang telah jatuh telah mengenang budi Dollah yang membantunya. Mak cik mengucapkan terima kasih kepada Dollah yang baik hati.
(Kita haruslah mengucapkan terima kasih kepada sesiapa yang telah membantu kita.)



2) Apabila Dollah hendak meninggalkan kampungnya, Dollah telah memohon maaf kepada ibu bapanya atas kesalahan yang pernah Dollah buat selama ini.
(Kita heruslah memohon maaf jika kita telah melakukan kesilapan.)

 

3) Cempaka telah bertegur sapa dengan ahli keluarganya apabila balik ke rumah bersama-sama dengan Dollah dengan mengucapkan “Assalammuaikum” kepada ibu bapanya.
(Kita haruslah bertegur sapa kepada orang yang lebih tua daripada kita.)
4) Dollah telah mengucapkan terima kasih kepada bapa Cempaka telah memberikan sebuah rumah kepadanya.
(Kita haruslah mengenang budi dan mengucapkan terima kasih kepada sesiapa yang telah memberi hadiah kepada kita.)


5) Dollah menyangka Cempaka telah membelotnya dan terus marah Cempaka. Selepas mendengar penjelasan daripada Cempaka, Dollah telah perasan bahawa dia telah membuat kesilapan. Dollah segera pergi meminta maaf kepada Cempaka atas salah faham yang dibuat olehnya.


没有评论:

发表评论