2016年10月22日星期六


Berikan lima contoh pantang larang ketika berada di dalam rumah dalam masyarakay Cina.











Penyapu

  • Penyapu dipercayai mempunyai roh atau semangat sendiri dan oleh itu tidak boleh disalahgunakan kecuali hanya untuk membersihkan rumah and kedai sahaja.
  • Ia tidak boleh digunakan untuk membersihkan perkakas memuja dan kawasan sembahyang di rumah orang cina. Hanya kain bersih dan berus khas boleh dibenarkan. 
  • Semasa perayaan Tahun Baru Cina, menyapu rumah ataupun kedai milik orang cina tidak dibenarkan pada 3 hari pertama perayaan ini kerana ia boleh menghilangkan tuah. 
  • Memukul seseorang dengan penyapu boleh mendatangkan kecelakaan selama beberapa tahun.
  • Dalam aktiviti perjudian, roh ataupun semangat penyapu itu boleh‘diugut’ sehingga kembalinya tuah kepada pertaruhan yang sedang dilaksanakan.

Nombor 

  • Nombor memainkan peranan yang kedua penting selepas makanan dalam budaya kaum Cina.
  • Ia amat penting sehingga digunakan untuk menafsir nasib seperti menghasilkan nama seseorang bayi. 
  • Oleh demikian itu adanya nombor yang dipercayai boleh membawa tuah dan ada yang tidak. 
  • Sebagai contoh, nombor 8 adalah paling digemari oleh orang Cina kerana sebutannya dalam bahasa Kantonis dan Mandarin bererti tuah.
  • Nombor 4 pula melambangkan kematian oleh itu ia jarang digunakan sebagai nombor plat kereta, alamat dan lain-lain. 
  • Nombor-nombor lain yang dielakkan kegunaan secara umum adalah 7 dan 1 kerana mereka melambangkan kematian dan kesunyian masing-masing.

Kuku jari kaki dan tangan 


  • Dalam adat orang Cina, memotong kuku jari kaki atau tangan pada waktu senja akan mengalu-alukan kehadiran hantu dan roh-roh jahat. 
  • Sisa-sisa kuku yang telah dipotong mestilah dibuangkan di tempat yang tersembunyi kerana mengikut adat, ia boleh digunakan untuk menjatuhkan umpahan terhadap pemilik kuku itu.
  • Masyarakat Cina dilarang memotong kuku selama tiga bulan apabila kematian ahli keluarga.
Upacara Kematian Masyarakat Cina


  • Lazimya ahli keluaraga dikehendaki memakai baju yang berwarna gelap.  Baju yang berbunga juga dilarang dalam upacara kematian.
  • Setelah kematian, ahli keluarga akan menjalani adat berkabung. Baju gelap dipakai beberapa hari sehinggalah upacara pengembumian tamat.
  • Wanita yang mengandung tidak boleh menghadiri upacara kematian orang lain.
Perkahwinan

Image result for perkahwinan orang cina
  • Bakal pengantin tidak digalakkan untuk menghadiri majlis kebumian selama tiga bulan sebelum dan selepas majlis perkahwinan. 
  • Hiasan dalam majlis perkahwinan tidak digalak untuk menggunakan warna putih, biru tua, hitam, dan hijau.
  • Dalam masyarakat Cina juga, upacara minum teh penting masih diamalkan. 

没有评论:

发表评论