RAKAM SATU
SITUASI YANG MENGGUNAKAN PERATURAN BERBAHASA DARI SEGI GILIRAN BERCAKAP
Ø URUTAN UCAPAN PERHIMPUNAN
·
Pengetua : Selamat pagi pada Penolong kanan
Pentadbiran, Penolong kanan Hal Ehwal Murid, Penolong kanan Kokurikulum, Guru-guru Kanan, Guru
Cemerlang, Kaunselor Sekolah, guru-guru dan rakan pelajar yang dikasihi
sekalian. Pertama sekali, saya ucapkan tahniah kepada semua guru dan murid kerana
pada ujian pertengahan penggal 1 yang lepas telah mencapai peningkatan yang
banyak iaitu sekurang-kurannya 10 peratus.Untuk pelajar tingkatan 3 dan 5 yang
akan menduduki peperiksaan tidak lama lagi,saya juga ucapkan tahniah kerana
usaha kamu semua dapat saya lihat dan saya berharap kamu semua boleh berusaha
lebih gigih lagi untuk mendapat keputusan yang cemerlang.Seterusnya,saya ingin
sentuh sendikit tentang aktiviti yang akan dilancarkan sepanjang minggu
kemerdekaan. Saya berharap pelajar dapat
melibatkan diri secara giat dalam pertandingan yang dianjurkan oleh Persekutuan
Bahasa Melayu dan Sejarah. Inilah semua
yang saya sampaikan,sekian terima kasih.
·
Penolong kanan Pentadbiran : Selamat pagi kepada
Pengetua, Penolong kanan Hal Ehwal Murid, Penolong kanan Kokurikulum, Guru-guru Kanan, Guru
Cemerlang, Kaunselor Sekolah, guru-guru dan rakan pelajar yang dikasihi
sekalian. Seperti yang dikatakan oleh
pengetua tadi,tahniah kepada semua kerana mendapat peningkatan yang baik dalam
peperiksaan pertengahan penggal 1. Untuk
pelajar yang meningkat sebanyak 10 peratus pihak sekolah akan mengedarkan sijil
sebagai tanda penghargaan kepada pelajar yang banyak memberi usaha dalam
peperiksaan. Terima kasih.
·
Penolong kanan Hal Ehwal Murid : Selamat pagi kepada
Pengetua, Penolong kanan Pentadbiran, Penolong kanan Kokurikulum, Guru-guru Kanan, Guru
Cemerlang, Kaunselor Sekolah, guru-guru dan rakan pelajar yang dikasihi
sekalian. Untuk minggu ini,saya berharap
semua pelajar dapat mendisiplinkan diri dan tidak melibatkan diri dalam masalah
disiplin supaya minggu kemerdekaan dapat dijalankan dengan lancar. Terima kasih
atas kerjasama kamu semua.
没有评论:
发表评论