PANTUN:
Tingkap
papan kayu bersegi,
Sampan
sakat di Pulau Angsa;
Indah
tampan kerana budi,
Tinggi
bangsa kerana bahasa.
Maksud: Orang yang berbudi bahasa akan dipandang mulia,
malah martabat bangsa dinilai dari segi bahasa dan tutur kata.
Tingkap
papan kayu bersegi,
Sampan
sakat di Pulau Angsa;
Indah
tampan kerana budi,
Tinggi
bangsa kerana bahasa.
Maksud: Orang yang berbudi bahasa akan dipandang mulia,
malah martabat bangsa dinilai dari segi bahasa dan tutur kata.
Anak
Cina menimbang madat,
Dari
Makasar langsung ke Deli;
Hidup
di dunia biar beradat,
Bahasa
tidak berjual beli.
Maksud: Cara bahasa seseorang mencerminkan nilai dirinya.
Seseorang yang bercakap dengan sopan dan
santun dianggap sebagai berbudi bahasa.
Yang
kurik kundi,
Yang
merah saga;
Yang
cantik budi,
Yang
indah Bahasa.
Maksud: Budi bahasa merupakan sesuatu yang indah dan perlu
disematkan. Meskipun tidak dapat dilihat, tapi kesan berbudi bahasa dapat
dirasa.
PERIBAHASA:
Ø Bahasa
jiwa bangsa: Bahasa ialah ciri pengenalan atau identiti bangsa.
Ø Bahasa
menunjukkan bangsa: Baik buruk sifat dan tabiat orang dapat dilihat dari tutur
kata atau bahasanya.
Ø Sebab
pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa:Kecelakaan atau masalah yang
muncul akibat dari kelepasan bicara.
Ø Bercakap
siang pandang-pandang; bercakap malan dengar-dengar: Berhati-hati semasa
bercakap dengan orang kerana percakapan yang sembarangan boleh membawa akibat
yang buruk.
Ø Terlajak
perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya
Maksud:Berhati-hati apabila berkata-kata ataupun menyatakan
sesuatu kerana kata-kata yang sudah terkeluar sukar ditarik balik dan memberi
kesan yang mendalam ataupun melukakan hati orang lain.
Ø Kerbau
dipegang pada talinya; manusia dipegang pada janjinya
Maksud: Janji hendaklah ditunaikan/Berpegang pada
janji/Janji mesti ditepati.
CERPEN: Kasut Kelopak Jantung
"Ahmad,esok pergi sekolah. Pakai uniform baru
ni..."
Ahmad menyambut pemberian Cikgu Harun dengan tangannya
terketar-ketar..
"Terima kasih cikgu.."
Ø Ahmad
mengucapkan terima kasih kepada Encik Harun setelah menerima pemberian daripada
gurunya.
Ø Ahmad
telah menunjukkan kehormatan terhadap gurunya dengan menggunakan bahasa yang
sopan.
CERPEN:Dendam
“Nak jadi samseng! Senang-senang koyakkan buku Along.”
“Angah Cuma tengok saja……”
Ø Along
telah menggunakan bahasa yang tidak sopan semasa bertutur dengan adiknya.
Ø Dia
telah menyifatkan adiknya seperti samseng.
Ø Tanda
seru menunjukkan dia menggunakan suara yang lantang semasa bertutur dengan
adiknya.
没有评论:
发表评论